TOBaTS Logo

Kempen “Tolak Ubat Tidak Sah” (TOBaTS) 2024

“Kemunculan ubat tidak berdaftar, palsu dan substandard dalam pasaran menimbulkan ancaman besar terhadap kesihatan awam. WHO menganggarkan bahawa 1 daripada 10 produk perubatan di negara berpendapatan rendah dan sederhana adalah palsu atau substandard.”
Isu & Cabaran, Dasar Ubat Nasional, halaman 18, 2022-2026

Pengenalan

Kempen “TOLAK UBAT TIDAK SAH” dengan nama singkatan rasminya “TOBaTS” merupakan satu inisiatif baharu Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memerangi isu pembekalan dan penjualan ubat-ubatan yang menyalahi undang-undang di Malaysia.

Pelaksanaan kempen ini merupakan salah satu pendekatan yang telah dimasukkan sebagai strategi pertama dalam teras satu Pelan Tindakan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Tahun 2024 iaitu Pemerkasaan Aktiviti Kesedaran Dan Pencegahan Bagi Meningkatkan Pengehakupayaan (Empowerment) Awam.

Ini juga merupakan salah satu usaha Bahagian ini untuk menyokong komponen kedua Dasar Ubat Nasional (DUNas) Penggal Ke-4 (2022 – 2026) iaitu untuk memastikan ubat-ubatan dalam pasaran adalah selamat, berkesan dan berkualiti untuk pengguna di Malaysia.

Objektif

Komponen Utama Kempen

Kempen TOBaTS menggariskan ciri-ciri ubat tidak sah kepada 5 kategori iaitu:

  1. Ubat tidak berdaftar dengan KKM
  2. Ubat Tiruan @ Kaunterfit
  3. Ubat yang dicampur dengan bahan atau racun terlarang
  4. Ubat yang diperoleh daripada sumber tidak sah
  5. Ubat Yang Diimport Tanpa Kelulusan KKM

Pengenalan Setiap Kategori UBAT TIDAK SAH

1. Ubat Tidak Berdaftar Dengan KKM

2. Ubat Tiruan @ Kaunterfit

3. Ubat Yang Dicampur Bahan/Racun Terlarang

4. Ubat Yang Diperoleh Dari Sumber Tidak Sah

5. Ubat Yang Diimport Tanpa Kelulusan KKM

Prinsip Utama Kempen

  1. Pengenalan kepada ciri-ciri ubat yang berdaftar dengan KKM.
  2. Panduan menyemak kesahihan nombor pendaftaran MAL dan hologram FarmaTagTM pada produk ubat.
  3. Tips-tips pembelian ubat yang selamat.
  4. Larangan pengimportan ubat ke dalam Malaysia.
  5. Cara mengenali iklan-iklan ubat dan perkhidmatan kesihatan yang telah diluluskan oleh KKM dan cara menyemak kesahihan nombor kelulusan iklan.

Kesimpulan

Marilah kita bersama-sama melindungi kesihatan diri dan ahli keluarga kita. Semak dan pastikan dahulu kesahihan ubat dan sumber bekalannya sebelum membuat sebarang pembelian! Jangan mudah terpedaya dengan testimoni ataupun iklan ubat yang disiarkan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.